Profile Picture

Muhammad Athir *******

Master - Chemical Engineering

Universiti Teknologi Petronas (Ongoing Study)

Putrajaya, WP Putrajaya

Tutor Training

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Saya Athir, mempunyai pengalaman mengajar sejak di peringkat universiti, khususnya semasa pengajian Sarjana di mana saya membimbing pelajar peringkat ijazah dalam subjek berkaitan kejuruteraan dan sains. Semasa berkhidmat di TNB, saya turut mengendalikan sesi perkongsian ilmu dan latihan kepada staf, dan kini sebagai pegawai PTD, saya terlibat dalam pengajaran serta pembentangan berkaitan pengurusan aset kepada penjawat awam. Saya mengajar pelajar sekolah rendah dan menengah dalam subjek Matematik, Sains, Fizik dan Kimia, serta Matematik Tambahan dan Bahasa Inggeris (Academic). Berkelulusan Ijazah Sarjana dalam Kejuruteraan Kimia, saya mahir memudahkan konsep kompleks menjadi jelas dan mudah difahami melalui pendekatan berstruktur yang menekankan pemahaman konsep serta teknik menjawab soalan dengan berkesan
Teaching Method(s)
Saya menerapkan teknik pembelajaran visual seperti peta konsep dan gambaran rajah bagi membantu pelajar melihat keseluruhan topik dengan lebih jelas, serta mengaitkan teori dengan situasi harian supaya pembelajaran lebih relevan dan mudah difahami. Pendekatan saya menekankan pemahaman konsep terlebih dahulu sebelum beralih kepada soalan aras tinggi, dan saya akan memastikan pelajar mampu menerangkan semula konsep dengan ayat mereka sendiri sebagai tanda benar-benar faham. Saya juga menyesuaikan gaya pengajaran mengikut tahap dan keupayaan pelajar agar sesi pembelajaran lebih efektif. Bagi membantu pelajar skor dengan baik, saya mengajar teknik mengenal pasti kata kunci soalan, penyusunan langkah jawapan secara sistematik, kaedah pengiraan yang konsisten untuk mengelakkan kehilangan markah, serta teknik pengurusan masa dan latihan berformat peperiksaan sebenar supaya pelajar lebih yakin dan bersedia menghadapi ujian
Subject
Subject School Level
Matematik
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3
Membaca B. Inggeris
Tadika Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6
Membaca B. Melayu
Tadika Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6
Sains
Tadika Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Tingkatan 4 Tingkatan 5
Matematik Tulen
Tadika Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3