Profile Picture

Neavehda

Degree (Education Faculty) - TEACHING ENGLISH AS SECOND LANGUAGE

Universiti Kebangsaan Malaysia (Ongoing Study)

Ipoh, Perak

Fakulti Pendidikan

Tutor Training

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Nama panggilan mesra saya ialah Neavehda. Saya merupakan seorang pelajar universiti yang sedang mengikuti pengajian dalam bidang Teaching English as a Second Language (TESL). Saya mempunyai minat yang mendalam terhadap dunia pendidikan dan percaya bahawa bahasa merupakan alat penting dalam membentuk keyakinan serta masa depan seseorang pelajar.

Walaupun saya masih dalam fasa pengajian, saya telah memperoleh pengalaman mengajar melalui pembentangan akademik, serta aktiviti simulasi pengajaran di universiti. Pengalaman ini memberi saya pendedahan tentang teknik pengajaran yang berkesan, pengurusan kelas, serta cara menyesuaikan pendekatan mengikut tahap dan keperluan pelajar. Saya bersedia untuk mengajar di peringkat sekolah rendah dan juga sekolah menengah.

Subjek utama yang saya ajar ialah Bahasa Inggeris, meliputi kemahiran membaca, menulis, mendengar dan bertutur. Selain itu, saya juga mampu membantu pelajar dalam aspek tatabahasa. Saya turut boleh membimbing pelajar dalam meningkatkan keyakinan diri ketika berkomunikasi dalam bahasa Inggeris.

Dari segi kemahiran khusus, saya memiliki kemahiran komunikasi yang baik, kebolehan merancang aktiviti pembelajaran yang kreatif dan interaktif, serta keupayaan menggunakan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Saya juga seorang yang teratur, bertanggungjawab dan komited dalam melaksanakan tugasan yang diberikan.

Kejayaan terbaik yang pernah saya capai ialah mengekalkan prestasi akademik yang baik sepanjang pengajian serta berjaya melaksanakan projek dan pembentangan berkumpulan dengan cemerlang. Saya sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri dan berhasrat untuk menjadi seorang pendidik yang mampu memberi impak positif kepada pelajar.
Teaching Method(s)
Dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, saya menerapkan pelbagai teknik yang menarik dan berpusatkan pelajar. Antaranya ialah penggunaan aktiviti interaktif seperti perbincangan berkumpulan, permainan bahasadan kuiz digital. Teknik ini bukan sahaja menjadikan pembelajaran lebih menyeronokkan, malah membantu pelajar lebih berani untuk berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris. Saya juga mengintegrasikan penggunaan teknologi seperti slaid interaktif dan bahan multimedia bagi menarik minat pelajar serta memudahkan pemahaman mereka terhadap sesuatu topik.

Bagi memastikan pelajar benar-benar memahami ilmu yang diajar, saya menggunakan pendekatan pembelajaran berperingkat (scaffolding), iaitu bermula dengan penerangan asas sebelum beralih kepada latihan yang lebih mencabar. Saya turut mengamalkan teknik penyoalan untuk menguji kefahaman pelajar serta menggalakkan mereka berfikir secara kritis. Selain itu, saya akan memberikan contoh yang dekat dengan kehidupan harian pelajar supaya mereka lebih mudah mengaitkan isi pelajaran dengan pengalaman sendiri. Maklum balas secara berterusan juga diberikan agar pelajar dapat mengenal pasti kekuatan dan kelemahan mereka.

Untuk membantu pelajar skor dengan baik dalam peperiksaan, saya menekankan teknik menjawab soalan secara sistematik. Antaranya termasuk teknik mengenal pasti kata kunci dalam soalan serta penggunaan format jawapan yang tepat. Saya juga akan menyediakan latihan berfokus dan latih tubi. Melalui bimbingan yang konsisten, saya yakin pelajar bukan sahaja mampu memahami pelajaran dengan baik, malah berpotensi mencapai keputusan yang cemerlang.
Subject
Subject School Level
Matematik
Darjah 1 Darjah 2 Tadika
Bahasa Melayu
Tadika Darjah 1 Darjah 2
Bahasa Inggeris
Darjah 1 Darjah 2 Tadika