Profile Picture

Nur Wahyu *******

Degree (Education Faculty) - Bachelor Of Islamic Education

Universiti Malaya (Pantai Dalam) (Ongoing Study)

Pasir Mas, Kelantan

Tutor Training

Training Pendidikan Agama Islam Sek Menengah

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Saya Nur Wahyu Izati , lebih dikenali dengan panggilan mesra sebagai Wahyu.Saya merupakan pelajar dari Universiti Malaya dan sedang melanjutkan pelajaran dalam ijazah Sarjana Muda Pendidikan Islam dan sekarang saya melibatkan diri dalam bidang tutor untuk mengasah lagi skills mengajar saya dan membantu anak-anak muda yang lain untuk cemerlang dalam pembelajaran.
Teaching Method(s)
Antara teknik yang saya gunakan ialah pembelajaran secara interaktif. Teknik ini melibatkan pelajar secara aktif melalui sesi soal jawab, perbincangan kumpulan dan perkongsian pendapat. Dengan cara ini, pelajar tidak hanya mendengar penerangan daripada guru, tetapi mereka juga berpeluang untuk memberikan pandangan serta bertanya soalan apabila terdapat perkara yang kurang difahami. Hal ini dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih hidup dan tidak membosankan.
Selain itu, saya juga menerapkan penggunaan teknologi dalam pembelajaran. Contohnya, penggunaan video, slaid pembentangan, gambar dan kuiz secara dalam talian. Penggunaan teknologi dapat membantu menjelaskan sesuatu konsep dengan lebih jelas dan menarik perhatian pelajar. Di samping itu, bahan visual seperti gambar rajah dan peta minda juga dapat membantu pelajar memahami isi pelajaran dengan lebih mudah dan sistematik.
Seterusnya, saya turut menggunakan pembelajaran berasaskan aktiviti. Teknik ini melibatkan pelajar dalam pelbagai aktiviti seperti permainan pendidikan, simulasi dan pembentangan kumpulan. Aktiviti seperti ini dapat membantu pelajar belajar secara lebih aktif serta meningkatkan kemahiran komunikasi dan kerjasama antara mereka.
Akhir sekali, saya juga mengaitkan pembelajaran dengan situasi dalam kehidupan seharian. Dengan memberikan contoh yang dekat dengan pengalaman pelajar, mereka akan lebih mudah memahami sesuatu topik dan melihat kepentingan ilmu yang dipelajari dalam kehidupan sebenar.
Subject
Subject School Level
Membaca B. Melayu
Darjah 1
Bahasa Melayu
Tingkatan 1
Pendidikan Islam
Universiti - Ijazah Sarjana Muda Darjah 6
Bahasa Arab
Darjah 5
Pendidikan Syariah Islamiah
Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Tingkatan 4 Tingkatan 5
Asas Fardhu Ain
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6
UPKK
Darjah 4
KAFA
KAFA - Darjah 1 KAFA - Darjah 2 KAFA - Darjah 3 KAFA - Darjah 4 KAFA - Darjah 5 KAFA - Darjah 6
3M (Bahasa Melayu)
Tadika