Profile Picture

Siti Aishah

Diploma (Education Faculty) - Course Islamic Education

Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH) (Graduated)

Benut, Johor

Fakulti Pendidikan

Tutor Training

Training Sejarah SPM

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Saya merupakan seorang tutor yang berdedikasi dan mesra, dan boleh dipanggil sebagai Cikgu Cah. Saya mempunyai pengalaman sebagai guru praktikal selama tiga bulan pada tahun lepas, di mana saya berjaya mengendalikan sesi pengajaran dengan baik serta membina hubungan positif bersama pelajar.

Sepanjang tempoh praktikal tersebut, saya telah mencapai pencapaian cemerlang dengan memperoleh gred A, hasil daripada komitmen, kesungguhan, dan pendekatan pengajaran yang berkesan.

Saya percaya setiap pelajar mempunyai potensi tersendiri, dan saya komited untuk membantu mereka memahami pelajaran dengan cara yang lebih mudah, menyeronokkan, dan berkesan.
Teaching Method(s)
Teknik Pembelajaran yang Digunakan oleh Cikgu Cah:

1. Teknik Senaman Ringkas (Exercise)
Memulakan sesi dengan senaman ringan untuk membantu pelajar lebih fokus, segar, dan bersedia untuk belajar.

2. Teknik Mencatat Nota
Mengajar pelajar cara mencatat nota secara ringkas dan efektif supaya mudah difahami dan diingat.

3. Teknik Membaca Doa
Memulakan pembelajaran dengan doa bagi menenangkan minda dan memohon keberkatan dalam ilmu.

4. Teknik Kuiz / Soal Jawab / Teka-Teki
Menggunakan pendekatan interaktif untuk menguji kefahaman pelajar dengan cara yang menyeronokkan.

5. Teknik Mendengar dan Menulis
Melatih pelajar untuk fokus melalui aktiviti mendengar dan menulis bagi meningkatkan daya ingatan serta kefahaman.

6. Teknik Pembelajaran Interaktif
Menggalakkan komunikasi dua hala antara guru dan pelajar supaya sesi pembelajaran lebih aktif dan tidak membosankan.
Subject
Subject School Level
Bahasa Melayu
Darjah 6 Tingkatan 3 Tingkatan 1
Pendidikan Islam
Tingkatan 5
Sejarah
Tingkatan 4
Tasawwur Islam
Tingkatan 5
KAFA
KAFA - Darjah 4