Profile Picture

Nurul Hanisah

Degree (Non Education Faculty) - Bachelor of Human Sciences (Psychology) (Honours)

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (Gombak) (Graduated)

Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur

Tutor Training

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Saya seorang tutor yang sabar dan mudah didekati, dan pelajar boleh panggil saya “Teacher Nisa”.

Walaupun saya baru bermula secara formal dalam tutoring, saya sudah biasa membantu anak saudara dan pelajar memahami pelajaran dengan cara yang lebih jelas dan teratur.

Saya mempunyai latar belakang Ijazah Sarjana Muda Psikologi dari International Islamic University Malaysia (IIUM). Melalui ini, saya lebih menitikberatkan cara pelajar memahami sesuatu konsep, bukan sekadar menghafal.

Fokus saya adalah untuk membantu pelajar membina asas yang kuat, supaya mereka lebih yakin dan tidak mudah lupa apa yang dipelajari.

Saya percaya dengan pendekatan yang betul dan konsisten, setiap pelajar boleh meningkatkan prestasi akademik mengikut kemampuan mereka.
Teaching Method(s)
Teknik pengajaran saya berfokus kepada kefahaman yang jelas dan pembelajaran secara berperingkat.

Pendekatan saya termasuk:
• Memecahkan topik kepada bahagian kecil supaya lebih mudah difahami
• Memberi penerangan yang ringkas dan teratur
• Menggunakan contoh yang relevan untuk menguatkan pemahaman
• Memberi latihan secara berperingkat untuk membantu pelajar ingat dan apply

Saya juga akan menyesuaikan rentak pembelajaran mengikut tahap pelajar, supaya mereka tidak rasa terlalu terbeban atau hilang fokus.

Matlamat saya adalah untuk memastikan pelajar benar-benar faham dan boleh gunakan apa yang dipelajari, bukan sekadar siap kerja sekolah.
Subject
Subject School Level
Bahasa Inggeris
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3
Sains
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3