About Me
Nama diberi Nurul Farhana Binti Nazar . Saya lepasan Diploma Perakaunan di Kolej Profesional Mara Indera Mahkota, Kuantan Pahang . Saya berumur 25Tahun dan tinggal di Jasin, Melaka . Saya mempunyai pengalaman mengajar di Pusat Tuisyen hampir 2 tahun . Saya mengajar matematik , sains , bahasa melayu dan 3M (membaca , mengira , menulis) untuk pelajar sekolah rendah . Saya juga pernah buat home tutor selama setahun subjek matematik bagi pelajar tahun 5 selama setahun .
Teaching Method(s)
Teknik mengajar yang saya mengunakan ialah ;- Pertama , belajar sambil bermain supaya student tidak cepat bosan dan mengantuk . Kedua, penyelesaian masalah . Kaedah dan teknik penyelesaian masalah ini memerlukan murid menggunakan kemahiran, prinsip atau teori yang telah mereka pelajari serta proses pemikiran untuk menyelesaikan masalah.Aktiviti seperti membimbing murid memahami masalah mengingat semulapengalaman lalu seterusnya memilih strategi yang sesuai untuk menyelesaikannya . Ketiga, kaedah simulasi . Melalui teknik ini murid dapat menggunakan kemahiran belajar seperti mengumpul maklumat, menjalankan temu ramah dengan individu tertentu, dan mencatat isi -isi penting. Dalam proses ini murid-murid digalakkan untuk memberi pendapat, cadangan, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah berdasarkan peranan yang dipertanggungjawabkan. Kaedah ini memberi peluang kepada murid-murid mengalami sendiri situasi dan masalah . Keempat, teknik bercerita . Bercerita melibatkan aktiviti-aktiviti yang menceritakan semula perkara-perkara atau peristiwa-peristiwa sama ada imiginasi, tradisi, atau kisah benar. Strategi ini dapat meningkatkan minat dan membina apresiasi serta menikmati kesusasteraan . Di samping itu bercerita dapat memperkayakan pengajian pelbagai bahasa, membekalkan pelbagai pengalaman, mengembangkan kemahiranmendengar, dan memotivasikan murid untuk membaca . Akhir sekali saya mengunakan teknik perbincangan . Perbincangan ialah satu proses aktif yang melibatkan guru dan murid. Perbincangan bukan sahaja meransang interaksi antara murid secara bermakna tetapi juga menggalakkan pelbagai pembelajaran yang merangkumi kandungan, kemahiran, sikap, dan proses-proses pembelajaran. Di samping itu, kaedah ini dapat menggalakkan perkembangan mental murid supaya dapat menyumbangidea dan pandangan secara sistematik.