Saya diberi nama Hasnatulsyakhira binti Abdullah Hadi, berasal dari Taiping, Perak dan sekarang menetap di Shah Alam. Bapa saya ialah seornag pesara guru dan ibu saya ialah seorang surirumah. Saya mempunyai empat orang adik-beradik dan saya adalah anak bongsu. Saya telah menamatkan pengajian sarjana muda saya dalam bidang Sains Pentadbiran dan melanjutkan pengajian di peringkat Doktor Falsafah dalam bidang yang sama di UiTM Shah Alam. Saya menjadi tutor untuk menambah pengalaman baru dan juga ingin memberi semula kepada komuniti.
Teaching Method(s)
Saya mementingkan usaha dan perkembangan pelajar daripada hanya melihat pada hasil akhir sahaja. Saya percaya setiap pelajar perlukan pendekatan yang berbeza dan setiap daripada mereka ada ciri yang unik untuk melakukan yang terbaik dalam pelajaran mereka. Saya akan menggunakan teknik pengajaran yang lebih menjurus kepada membimbing dan membantu. Saya mahu pelajar itu mencuba sendiri dan belajar daripada kesalahan.