Saya Cikgu Ain. Saya merupakan seorang tutor yang prihatin dan berpengalaman selama 10 bulan dalam mendidik pelajar sekolah rendah. Subjek Matematik merupakan subjek major saya dalam dunia pendidikan manakala subjek Sains merupakan subjek minor.
Teaching Method(s)
Saya suka memperkenalkan kepada pelajar teknik-teknik baharu untuk menyelesaikan sesuatu soalan. Antara teknik yang berkesan ialah teknik menghafal sifir, teknik tambah, tolak kombinasi 10 dan lain-lain lagi. Selain itu, saya juga suka mempelbagaikan cara pengajaran dan pembelajaran. Saya suka mengaplikasikan teori yang dipelajari dengan situasi harian supaya lebih mudah pelajar faham dengan ilmu yang diajar.