Profile Picture

Nur Syuhada *******

Diploma / Stpm - Human Science

Rawang, Selangor

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Saya Cikgu Syuhada. Saya merupakan seorang tutor yang berdedikasi dan berpengalaman selama hampir 6 tahun dalam mendidik pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah. Subjek bahasa Melayu dan Pengajian Perniagaan merupakan subjek major saya dalam dunia pendidikan, manakala bahasa Arab sekolah rendah dan Matematik merupakan subjek minor. Berkemahiran dalam penyusunan modul menjadikan saya seorang pendidik yang dapat melahirkan ramai pelajar cemerlang. Saya juga pernah terlibat dalam kelas-kelas melalui kumpulan yang besar untuk pelajar SPM dan menyertai kursus modul Bahasa Arab di salah sebuah sekolah di Rawang,Selangor.Saya juga pakar dalam meningkatkan motivasi dan disiplin dalam kalangan pelajar. Nak anak skor cemerlang serta tingkatkan keyakinan anak anda? Hubungi saya hari ini
Teaching Method(s)
Berpengalaman selama hampir 6 tahun dalam industri pendidikan, saya menerapkan teknik-teknik yang menarik bergantung kepada keupayaan para pelajar. Saya juga mengaplikasikan teknik didik hibur dalam mencapai objektif pembelajaran. Pendekatan nota ringkas, penyediaan bahan - bahan penting khusus untuk subjek terutama kepada pelajar merupakan kepakaran saya bergantung kepada keperluan subjek. Pelbagai pendekatan saya gunakan untuk memastikan para pelajar berupaya memahami ilmu yang diajar. Kepuasan anak-anak dalam mencapai kecemerlangan merupakan visi saya sebagai pendidik.
Subject
Subject School Level
Mengaji - Iqra
Tadika Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4
Matematik
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4
Bahasa Melayu
Tingkatan 5 Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4
Pendidikan Islam
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4
Bahasa Arab
Tadika Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4
Perniagaan
Tingkatan 5
Pengajian Keusahawanan
Tingkatan 5
Mengaji - Al-Quran
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4
Prasekolah - 3M
Tadika