Profile Picture

Nur Alia *******

Sarjana Muda - Sarjana muda - pendidikan islam pendidikan rendah

Institut Pendidikan Guru (Ongoing Study)

Taiping, Perak

Institut Perguruan

Tutor Training

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada ibu bapa yang dihormati, saya Cikgu Alia, seorang tutor mesra dan berpengalaman mengajar selama 5 bulan sebagai guru praktikal di sekolah rendah.Subjek utama saya ialah Pendidikan Islam, dan saya juga boleh membantu anak-anak anda dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Arab kerana kedua-duanya adalah bidang pengajian minor saya.

Sepanjang tempoh praktikal, saya berjaya membantu murid mencapai peningkatan prestasi yang membanggakan, dan telah diiktiraf sebagai pelajar cemerlang oleh pihak sekolah dan pensyarah penyelia. Saya mengutamakan pendekatan pembelajaran yang interaktif, menyeronokkan dan berfokus kepada keperluan individu murid.

Antara kemahiran saya sebagai seorang guru:
✔️ Penyampaian mudah difahami
✔️ Sabar & penyayang dengan murid
✔️ Kreatif dalam menyediakan bahan bantu belajar
✔️ Mahir guna teknologi dalam PdP

Jika ibu bapa mencari tutor yang komited, berpengalaman dan berdedikasi untuk membantu anak mencapai potensi terbaik mereka, saya sedia membantu. 🌟
Teaching Method(s)
Dalam sesi pengajaran, saya menggunakan pelbagai teknik berkesan dan menyeronokkan untuk memastikan anak-anak tidak hanya faham, tetapi juga seronok belajar.

Saya mengutamakan:
✔️ Bahan bantu mengajar maujud seperti flash card, bahan inovasi yang direka sendiri atau objek sebenar sebagai bahan rangsangan supaya murid dapat memahami konsep secara visual dan praktikal.
✔️ Penggunaan bahan digital seperti video interaktif, kuiz atas talian dan pembelajaran berasaskan visual untuk menarik minat dan mengekalkan fokus.
✔️ Teknik berteraskan PdP Abad Ke-21 (PAK-21)seperti pembelajaran kolaboratif, komunikasi dua hala, serta latihan berasaskan pemikiran kritis dan kreatif.
✔️Kaedah Nyanyian & didik hibur, terutama untuk subjek Pendidikan Islam dan Bahasa Arab, supaya murid lebih mudah menghafal dan mengingati fakta penting secara santai.

Dengan pendekatan ini, saya percaya setiap anak mempunyai potensi besar untuk berjaya jika dibimbing dengan cara yang sesuai dan menarik. 🌟
Subject
Subject School Level
Mengaji - Iqra
Tadika Darjah 1 Darjah 3 Darjah 2 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6
Membaca B. Melayu
Tadika Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4
Bahasa Melayu
Darjah 2 Tadika Darjah 1 Darjah 4 Darjah 5
Pendidikan Islam
Tadika Darjah 1 Darjah 3 Darjah 2 Darjah 4 Darjah 5
Kelas Agama
Tadika Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3
Asas Fardhu Ain
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5
Prasekolah - 3M
Darjah 2 Darjah 3 Tadika Darjah 1 Darjah 4