Profile Picture

Sharifah Sharina *******

(Online)

Sarjana Muda - Bachelor Of Economics (Honours) - International Islamic University Malaysia (Iium)

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (Gombak) (Graduated)

Tanjong Malim, Perak

Loyal Tutor

Tutor Training

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya Cikgu Sharina, tutor sepenuh masa yang berpengalaman dan telah mengajar sejak 2017. Saya fokus mengajar subjek Bahasa Melayu, English dan Matematik bagi pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah. Saya juga fasih berkomunikasi dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Saya seorang yang teliti dan prihatin dengan keperluan akademik pelajar. Saya juga seorang tutor yang sabar dan berdisiplin. Saya sangat menekankan pembelajaran dua hala. Malah, saya sedia menerima komen dan sebarang maklum balas daripada ibu bapa berkenaan keperluan akademik anak.
Teaching Method(s)
Bagaimana cara saya menjalankan sesi?
- Fokus dengan silibus yang terkini dan selaras dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
- Menggalakkan pelajar untuk memberikan respons serta bertanya semasa sesi.
- Menggunakan teknik fonik bagi sesi membaca
- Menggunakan slide/ nota / buku teks online/ online whiteboard semasa mengajar
- Menerapkan teknik-teknik yang menarik bergantung kepada tahap keupayaan pelajar
- Membuat penilaian secara berkala untuk mengenal pasti tahap pemahaman pelajar
- Pembelajaran menggunakan kuiz dalam bentuk yang interaktif dan menarik

Saya percaya bahawa setiap anak mampu untuk berjaya kerana mereka mempunyai potensi dan bakat yang tersendiri. Namun, potensi dan bakat ini perlulah dipupuk dari usia yang muda. Bak kata pepatah "melentur buluh biarlah dari rebungnya".
Kejayaan juga tidak datang bergolek tetapi perlu disokong dengan usaha yang gigih dari pelajar kerana,"kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya".

“Learning is not attained by chance; it must be sought for with ardor and attended to with diligence.” – Abigail Adams
Rating & Review

Mr. Mike : Bahasa Melayu

Sangat peramah and sangat sesuai utk mengajar anak² yang belum bersekolah. Berkaliber and mengekalkan etika pengajar yang baik.

zurina : Membaca B. Melayu

bahasa melayu- spm

Subject
Subject School Level
Bahasa Melayu Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5
Bahasa Inggeris Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5
Matematik Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5, Tingkatan 2