Saya merupakan seorang Guru bagi Subjek Sains dan Biologi di salah sebuah sekolah swasta di Kuala Lumpur. Saya telah menceburi dalam bidang pendidikan lebih daripada 10 tahun. Saya berpengalaman mengajar subjek Biologi dan Sains Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 selama 8 tahun dan sering terlibat dalam mengadakan seminar teknik menjawab Biologi Kertas 2. Saya juga mengajar subjek Sains dan Matematik Menengah Rendah. Pernah melahirkan pelajar yang gagal Sains ketika Tingkatan 3, mendapat A di SPM!
*Jaminan untuk keputusan yang lebih baik.
Teaching Method(s)
Saya mempunyai kepakaran dalam teknik menjawab bagi subjek SPM, Sains dan Biologi. Saya mengetengahkan tentang teknik menjawab dalam pembelajaran saya, khususnya teknik menjawab kertas 2, yang memerlukan kemahiran pelajar untuk membuat ayat yang baik, dan seterusnya mendapat markah yang maksimum. Teknik ini dijamin berkesan memandangkan ia merupakan teknik yang mudah dikuasai oleh pelajar. Mana-mana pelajar yang selalu gagal dalam subjek Sains dan Biologi, boleh sertai kelas saya, insya-Allah, akan ada peningkatan yang memberandangkan dalam keputusan.