Profile Picture

Nur Atikah *******

Diploma Pascasiswazah - Postgraduate Diploma In Teaching (OUM)

Open University Malaysia (Graduated)

Shah Alam, Selangor

Fakulti Pendidikan

Tutor Training

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Assalamualaikum! Hai! Saya tutor anda, Cikgu Atikah, merupakan seorang guru sekolah menengah swasta yang berkelayakan dan berpengalaman dalam mengajar subjek sains dan biologi serta mempunyai Ijazah Sarjana Muda Sains Haiwan dari UPM dan Postgraduate Diploma in Teaching dari OUM. Sepanjang kerjaya saya, saya telah berkhidmat sebagai guru praktikal dan guru ganti dengan mengajar subjek Sains, Biologi, Pertanian, dan Bahasa Inggeris di peringkat sekolah menengah.

Dengan berlatar belakangkan bidang sains dan latihan pedagogi profesional, saya mahir menyampaikan konsep-konsep yang kompleks secara ringkas, menarik dan mudah difahami. Saya menggunakan pendekatan pembelajaran aktif, visualisasi konsep yang colorful, serta mahir mengintegrasikan teknologi untuk meningkatkan kefahaman dan minat pelajar terhadap mata pelajaran.

Sebagai seorang tutor, saya seorang yang mesra, easy going person, sabar dan berfokus kepada perkembangan individu pelajar. Saya percaya bahawa setiap pelajar mempunyai potensi untuk cemerlang apabila diberikan bimbingan yang sesuai dan motivasi yang berterusan.

Subjek mengajar:
Sekolah rendah- Sains, Matematik dan English
Sekolah menengah- Sains, Biologi dan Matematik

Jom sama-sama kita ubah gred anda ke A+!
Teaching Method(s)
1. Pengajaran interaktif secara 'Live' di platform Google Meet. Saya akan screen share teaching materials kepada pelajar.
2. Menggunakan Google Classroom untuk berkongsi nota, worksheet, kuiz dan rujukan video sebelum dan selepas kelas.
3. Menggunakan nota buatan saya sendiri yang ringkas, padat, dan menarik bagi memudahkan pelajar memahami konsep yang kompleks.
4. Fokus kepada teknik menjawab soalan-soalan exam mengikut skema jawapan yang betul. Perbincangan set soalan akan dilakukan selepas selesai pengajaran topik semasa. Kaedah ini penting bagi menganalisis prestasi pelajar untuk menyesuaikan fokus pengajaran pada sesi berikutnya.
5. Set soalan soft copy tambahan akan diberikan kepada pelajar selepas tamat kelas bagi memastikan pelajar meluangkan masa menjawab soalan dan mengaplikasikan apa yg telah dipelajari. Saya akan semak dan beri feedback kepada pelajar pada bila-bila masa.
Subject
Subject School Level
Matematik
Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Tingkatan 4 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Tingkatan 4 Tingkatan 1 Tingkatan 5
Sains
Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Tingkatan 4 Tingkatan 5 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Tingkatan 4 Tingkatan 1 Tingkatan 5
Biologi
Tingkatan 4 Tingkatan 5 Tingkatan 4 Tingkatan 5