Saya berminat untuk menjadi guru sejak kecil lagi. Sekarang saya sedang bekerja sebagai pengajar di INTEC Education College. Saya mengajar Matematik dalam bahasa Jepun kepada pelajar(18-19 tahun) yang sedang bersedia untuk melanjutkan pelajaran ke Jepun.
Teaching Method(s)
Saya tidak mempunyai teknik pengajaran yang khusus. Saya suka melihat silabus yang perlu diajar dan tahap kefahaman pelajar dan cuba mencari cara penjelasan yang sesuai dan mudah difahami. Melihat kepada tahap pemahaman pelajar, saya juga akan memberi latihan yang bersesuaian untuk pemahaman dan penggunaan konsep yang lebih berkesan kepada pelajar.