Profile Picture

Ahmad Dzahin *******

Sarjana Muda - Bachelor of Medicine and Bachelor of Surgery (UniKL RCMP)

Sungai Besar, Selangor

Tutor Training

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya ialah Cikgu Dzahin. Saya merupakan seorang tutor yang berdedikasi dan komited dalam memastikan kejayaan pelajar-pelajar saya. Saya berpengalaman selama 3 tahun dalam mendidik pelajar-pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah dalam pelbagai subjek terutamanya subjek kepakaran saya iaitu subjek sains, matematik dan sejarah. Bidang mendidik merupakan sesuatu yang amat dekat di hati saya. Sebagai seorang graduan doktor perubatan, saya sudah bergiat aktif selama 6 tahun dalam aktiviti kesukarelawanan dalam memberikan pendidikan terutamanya berkaitan kesihatan asas kepada komuniti muda B40 dan Orang Asli. Saya juga pernah dilantik sebagai perwakilan pelajar dan terlibat secara aktif bersama pihak pengurusan universiti dalam meningkatkan mutu akademik para pelajar. Tambahan pula, saya merupakan pelajar terbaik UPSR (5A), PMR (9A), SPM (8A+ 3A) dan merangkul pelbagai lagi anugerah akademik pelajar di peringkat pengajian tinggi seperti Anugerah Dekan selama 4 tahun. Ini menjadikan saya lebih menjiwai dan memahami para pelajar bagaimana untuk meningkatkan prestasi pembelajaran secara holistik.
Teaching Method(s)
Setiap pelajar itu unik dan mempunyai cara pembelajaran efektif tersendiri. Berpengalaman terlibat secara aktif dalam pendidikan sejak habis zaman persekolahan, saya berusaha menerapkan diri saya untuk menjadi seorang pendidik yang serba boleh dan fleksibel dari segi teknik mendidik untuk memenuhi keperluan dan potensi para pelajar secara maksima. Antara teknik pengajaran utama yang sering diaplikasikan ialah teknik latihan secara bertumpu untuk mengatasi kelemahan subjek, menggunakan teknik peta minda bagi memudahkan pemahaman para pelajar dan teknik akronim untuk memudahkan para pelajar untuk menghafal sesuatu topik. Saya memfokuskan strategi pengajaran lebih kepada pemusatan pelajar dan komunikasi pelbagai hala bagi memastikan pelajar untuk lebih memahami subjek, proaktif, seronok belajar dan terbina dari segi moral dan sahsiahnya.
Subject
Subject School Level
Matematik Tingkatan 3, Tingkatan 2, Tingkatan 1, Tingkatan 4, Darjah 6, Darjah 5
Sains Tingkatan 3, Tingkatan 2, Tingkatan 1, Tingkatan 4, Darjah 6, Darjah 5
Sejarah Tingkatan 3, Tingkatan 2, Tingkatan 1, Tingkatan 4
Chemistry DLP Tingkatan 4
Biologi - Bahasa Melayu Tingkatan 4
Bahasa Melayu Darjah 6, Darjah 5