Saya merupakan pelajar jurusan TESL, Sarjana Muda Pendidikan dengan Kepujian dalam Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL). Kini, telah tamat bertugas sebagai guru praktikal Bahasa Inggeris di SMK Damansaa Jaya dan hanya menunggu tarikh graduasi. Selain itu, saya berumur 23 tahun dan boleh mengajar dan membimbing dalam pengajaran Bahasa Inggeris (Sekolah Rendah hingga Tingkatan 2). Mampu untuk tutor pengajaran Matematik tahap sekolah rendah. Sebelum ini, saya juga mempunyai pengalaman mengajar dan mengarah di 2 institusi kanak-kanak orang asli di Selangor.
Teaching Method(s)
Dalam penguasaan Bahasa Inggeris, penting untuk saya pastikan penggunaan 'Grammar' yang baik dalam kalangan pelajar untuk kemahiran menulis (writing). Tambahan pula, penguasaan 4 -language skills juga perlu diutamakan iaitu (Listening, Speaking, Reading & Writing). Pengajaran akan mengikuti proses 'Bloom Taxonomy' supaya pelajar boleh konsisten dan meningkatkan skil dalam Bahasa Inggeris.