Assalamualaikum & Salam Sejahtera .. Saya merupakan graduan kelas pertama bagi Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Biologi dari UPSI. Saya mempunyai beberapa pengalaman mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan di Pulau Pinang bagi subjek Sains dan Biologi. Saya boleh mengendalikan kelas atas talian (online) secara interaktif kerana saya berpengalaman menjalankan latihan mengajar secara atas talian sepenuhnya ketika PKP. Saya juga pernah menjalankan private tutor secara atas talian. Saya berharap saya dapat meningkatkan kemahiran mengajar saya seterusnya membantu anak didik saya dalam meningkatkan kecemerlangan akademik mereka.
Teaching Method(s)
-Kelas secara atas talian (Google Meet)
-Latihan berorientasikan silibus KSSM (kaedah interaktif melalui aplikasi Liveworksheet Pdf, dsb)
- Pendekatan pembelajaran multimodal.