Profile Picture

Jerald Juanes

Degree (Non Education Faculty) - Degree In Malay Literature (Universiti Pendidikan Sultan Idris)

Kota marudu, Sabah

Fakulti Pendidikan

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Saya merupakan graduan yang telah menamatkan pengajian di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada tahun 2022 dalam bidang Kesusasteraan Melayu minor Bahasa Melayu. Saya baru mencuba dalam platform ini sementara menunggu panggilan temuduga jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan.

Dalam bidang Pengajaran dan Pembelajaran (PdP), saya pernah menjadi Tutor Darjah 5 mata pelajaran Bahasa Melayu untuk program Penunjuk Ajar Sekolah Bitara UPSI pada tahun 2018. Pengalaman mengajar bermula daripada program wajib yang saya jalani iaitu Program Perantis Guru 2 pada tahun 2020 di SMK Pinggan Pinggan Pitas, Sabah. Saya meneruskan pengalaman pertama tersebut untuk program Latihan Mengajar 1 & Latihan Mengajar 2 di sekolah yang sama.

Selain mata pelajaran Kesusasteraan Melayu Komunikatif, saya boleh mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu dan Pendidikan Moral untuk pelajar Tingkatan 4 dan Tingkatan 5.
Teaching Method(s)
1. SOAL JAWAB
Soal jawab meliputi keseluruhan masa Pengajaran dan Pembelajaran (PdP). Ini memastikan murid yang mengikuti sesi ini dapat memahami isi kandungan pembelajaran dengan baik serta menambah isi kandungan baharu kepada mereka berkaitan mata pelajaran tersebut selaras DSKP mata pelajaran.

2. PENGGUNAAN TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PDP)
Dalam kelas secara dalam talian, saya menggunakan aplikasi teknologi yang disesuaikan dengan tahap pemikiran para murid seperti Kahoot, WordWall, dan CrossWord. Penggunaan nota pendek dan ringkas serta difahami melalui Mircosoft PowerPoint juga membantu kerana penggunaan buku teks yang mengandungi teks panjang mungkin menyukarkan pemahaman mereka.

3. LATIHAN PENTAKSIRAN
Setiap kali selepas selesai satu silibus, saya akan menguji mereka melalui latihan pentaksiran yang ringkas untuk melihat tahap pemahaman yang dikenalikan oleh saya sendiri.

4. PERBINCANGAN BERSAMA MURID
Perbincangan ini meliputi kerja-kerja sekolah yang mereka perlu siapkan sekiranya mempunyai masa terluang masing-masing. Ia juga boleh dilaksanakan di luar waktu PdP.

5. REFLEKSI DAN APLIKASI
Ini dijalankan apabila selesai waktu PdP. Saya akan bertanyakan kepada murid apakah yang telah diperolehi sepanjang waktu PdP.
Subject
Subject School Level
Tingkatan 4
Kesusasteraan Melayu Komunikatif
Tingkatan 4 Tingkatan 5