Profile Picture

Siti Nasuha *******

Sarjana(master) - Microengineering and Nanoelectronics

Universiti Kebangsaan Malaysia (Graduated)

Bangi, Selangor

Tutor Training

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Hai! Nama mesra saya Miss Suha. Saya berpengalaman mengajar di peringkat sekolah rendah dan menengah, dengan fokus utama dalam Matematik dan Fizik.
Selain itu, saya juga aktif sebagai fasilitator program berkaitan STEM, khususnya dalam bidang fotonik. Saya gemar menerangkan topik berteknologi tinggi dalam bahasa yang lebih mudah supaya pelajar sekolah menengah dapat memahaminya dengan baik.
Saya mempunyai asas yang kukuh dalam Fizik, dibuktikan dengan pencapaian sebagai pemegang Anugerah Kelas Pertama semasa pengajian Ijazah Sarjana Muda.
Saya percaya setiap pelajar mampu berjaya dengan kaedah pembelajaran yang sesuai, dan saya komited untuk membantu pelajar menguasai subjek dengan lebih yakin serta menyeronokkan.
Teaching Method(s)
Saya menggunakan pendekatan pembelajaran berfokus dengan mengenal pasti topik yang pelajar kurang faham, kemudian memberi penjelasan secara mudah dan langkah demi langkah. Selepas itu, saya menyediakan latihan berstruktur untuk mengukuhkan pemahaman. Kaedah ini membantu pelajar membina keyakinan dan memahami konsep dengan lebih mendalam.
Subject
Subject School Level
Matematik
Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3
Fizik DLP
Tingkatan 5 Tingkatan 4
Fizik
Tingkatan 4 Tingkatan 5