Saya merupakan seorang tutor yang suka mengajar dan memberi tunjur ajar kepada kanak-kanak. Saya seorang yang agak ramah dan suka melayani kerenah anak murid. Saya pernah mengajar secara atas talian dan alhamdulillah saya mendapat tindak balas yang positif daripada mereka. Saya juga percaya bahawa anak murid yang lemah dalam pelajaran boleh dididik dan diasah pengetahuan mereka dengan menggunakan teknik-teknik yang betul. Saya juga pandai mengambil hati anak murid agar mereka sentiasa bersemangat untuk belajar dengan saya. InshaaAllah saya akan sentiasa lakukan yang terbaik utk menjadi seorang tutor yang terbaik.
Teaching Method(s)
Saya menggunakan kaedah soal jawab melalui kuiz bagi menarik minat anak murid untuk mengasah kreativiti dan kepintaran mereka dalam menjawab soalan. Saya juga akan mempersembahkan kuiz yang berbentuk permainan supaya anak murid akan bertambah seronok ketika belajar.