Saya Nicole. Saya merupakan pelajar dari Universiti Teknologi Mara, Kota Kinabalu dan telah menamatkan pengajian pada Ogos 2022 dengan First Class CGPA 3.50. Saya menetap di Tawau, Sabah dan berkeinginan tinggi untuk melibatkan diri dalam sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P). Saya berpengalaman mengajar kepada ahli keluarga saya terutama dalam subjek Bahasa Melayu. Subjek Sejarah dan Bahasa Melayu merupakan subjek kegemaran saya sejak di bangku sekolah lagi. Di samping itu, saya juga suka memberi motivasi dan sokongan terutama kepada pelajar untuk membina keyakinan diri mereka tidak kira semasa belajar atau beraktiviti lain. Sebagai seorang yang turut pernah merasakan menjadi seorang pelajar, saya juga memahami karakter pelajar-pelajar dan adik-adik yang masih bersekolah, namun saya ingin membantu mereka mencapai potensi yang maksima dalam diri mereka.
Teaching Method(s)
Teknik yang saya gunakan semasa mengajar adalah menggunakan ilustrasi, didik hibur, penglibatan pelajar secara langsung atau sesi soal jawab dan sebagainya. Namun begitu, teknik ini akan berubah seiring dengan keupayaan seseorang pelajar bagi memastikan mereka memahami dengan baik dalam sesi pembelajaran tersebut. Kegembiraan pelajar dan ibu bapa adalah kegembiraan saya juga.