Saya Cikgu Syahirul, seorang guru yang mempunyai pengalaman selama setahun mengajar di sekolah menengah dalam subjek Bahasa Inggeris. Saya mengajar pelajar menengah rendah, tingkatan 1 dan 2. Saya memahami sikap dan pelajar yang baru sahaja masuk ke sekolah menengah dari sekolah rendah. Saya mampu untuk membantu pelajar lebih memahami asas-asas bahasa inggeris dengan lebih mudah dan cepat.
Teaching Method(s)
Saya cuba menerapkan pembelajaran yang menarik dengan menggunakan contoh-contoh terkini dan topik-topik yang sering diperkatakan sekarang . Saya juga gemar menggunakan 'terms' yang sedang hangat untuk menarik minat pelajar dalam mempelajari dan memahami bahasa inggeris. Selain itu, saya akan menggunakan video-video interaktif yang terdapat penggunaan animasi supaya murid lebih tertarik untuk belajar. Saya juga gemar menerangkan secara terang tentang peraturan peraturan tatabahasa dalam bahasa inggeris.