Profile Picture

Nor Hira *******

(Online)

Sarjana Muda - Bachelor Of Human Resources Management (Honours))

Petaling Jaya, Selangor

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Nama saya Nor Hira Murni dan boleh dikenali sebagai Cikgu Hira. Saya mempunyai kelulusan sarjana muda dalam Pengurusan Sumber Manusia kelas pertama dan sedang bekerja di syarikat swasta (MNC) khusus bahagian kewangan dan pengalaman bekerja selama 6 tahun. Saya seorang yang tidak lekok berkongsi ilmu dan sangat menyukai bidang pendidikan. Mempunyai pengalaman menjadi guru sandaran beberapa tahun lepas mengajar subjek Bahasa Inggeris di sekolah rendah dan sekolah menengah. Saya turut berminat menjadi seorang pendidik yang dapat menerapkan rasa suka pelajar untuk menjadi yang terbaik dalam apa jua bidang.
Teaching Method(s)
Teknik pengajaran yang akan digunakan untuk menarik minat murid dan membangkitkan rasa ingin tahu adalah dengan menggunakan teknik pembelajaran yang bersesuaian dengan keupayaan para pelajar. Teknik yang pertama adalah teknik didik hibur melalui nyanyian, lakonan dan penceritaan. Ini juga diikuti oleh teknik pembelajaran interaktif dengan menggunakan media pembelajaran yang menarik seperti gambar, video dan persembahan. Saya juga akan menerapkan teknik menggunakan pengalaman yang sebenar ketika mengajar agar para pelajar dapat didedahkan dengan pengalaman dan situasi sebenar supaya lebih faham berbanding dengan para pelajar yang hanya belajar secara teori semata-semata. Sebagai seorang guru, saya akan berusaha untuk menjadi contoh yang terbaik kepada pelajar, memberi motivasi dan memberikan maklumat yang relevan dan menarik.
Subject
Subject School Level
P. Islam Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Pendidikan Moral Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6
Geografi Tingkatan 1, Tingkatan 2
Sejarah Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3