Profile Picture

Mohd Firdausi *******

(Online)

Sarjana Muda - Bachelor Of Information System (Hons) Business Computering

Kuching, Sarawak

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera, nama diberi Mohd Firdausi Bin Idris atau boleh disapa dengan nama cikgu fir, ustaz fir dan bro fir. Berasal dari Kuching, Sarawak. Saya baru lepasan Sarjana Muda Sistem Maklumat (Kepujian) Pengkomputeran Perniagaan di UiTM Kuala Terengganu. Kerjaya saya sekarang adalah bekerja di sebuah agensi kerajaan sebagai MYSTEP dan baru sahaja mula berkhidmat pada Mac 2023. Namun begitu, saya mempunyai pengalaman mengajar di sekolah rendah sebagai Guru Ganti dan juga guru KAFA sebelum saya dapat melanjutkan pelajaran di universiti. Pengalaman mengajar anak-anak sekolah rendah amat saya hargai dan memupuk semangat yang jitu untuk mengajar generasi baru agar mereka terus cemerlang dan menjadi insan yang berguna buat negara kita. Di samping itu, selain subjek Pendidikan Islam, saya juga boleh mengajar subjek Matematik aras rendah dan juga subjek ICT di sekolah rendah ataupun menengah rendah. Justeru itu, saya berharap agar dapat menjadi sebahagian warga tutor untuk mendidik anak muda pada era kini dan juga mengumpul sebanyak yang boleh pengalaman mengajar buat diri saya di samping mencari pendapatan tambahan untuk menyara kehidupan di negeri orang.
Teaching Method(s)
Teknik pengajaran yang saya suka adalah secara demontrasi. Ini kerana pelajar hendaklah melihat terlebih dahulu guru mengajar atau memberi contoh cara menjawab dan setelah itu saya bagi masa pelajar untuk mencuba selesaikan masalah tersebut. Di samping itu, pendedahan saya kepada pelajar adalah seperti kawan mereka dan juga secara toleransi. Sebagai pendidik kita kena faham tidak semua pelajar boleh menangkap apa yang di ajar dalam sesuatu masa dan juga jadilah seperti kawan agar mereka tidak terlalu tertekan dengan apa yang di ajar contohnya jika mereka dah mula tidak fokus, kita cuba tarik perhatian mereka dengan bercerita tentang teladan ataupun bermain dengan mereka agar kita dapat semula perhatian mereka untuk belajar. Tarik tali adalah salah satu aplikasi yang saya gunakan ketika mengajar. Contohnya kita cuba untuk dia selesaikan tugas yang diberikan dalam satu masa secara berlembut dan tarik tali (tegur dengan nada yang keras sedikit) tersebut jika mereka cuba bermalasan agar tidak terus terleka dengan dunia mereka.
Subject
Subject School Level
Matematik Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3
P. Islam Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5
Mengaji - Iqra Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tadika
Asas Sains Komputer Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3