Profile Picture

Nurul Ain *******

(Online)

Sarjana Muda - Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam (Usuluddin Dan Falsafah) (Universiti Kebangsaan Malaysia)))

Bandar Sibu, Sarawak

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya Cikgu Ain. Saya merupakan seorang tutor yang berdedikasi dan komited dalam mendidik pelajar. Kini, saya masih bergiat aktif dalam dunia pendidikan. Pendidikan Islam dan Bahasa Arab merupakan subjek utama saya dalam dunia pendidikan. Saya juga berpengalaman dalam bidang pengucapan awam dan terlibat dalam beberapa aktiviti pengacaraan di peringkat universiti. Berbekalkan kemahiran dan pengalaman yang saya miliki, saya yakin saya boleh berkomunikasi dengan pelajar dengan lebih berkesan. Kegigihan saya untuk memastikan anak didik memahami isi pelajaran menjadikan saya sebagai seorang pendidik yang berkebolehan menarik minat para pelajar untuk terus menuntut ilmu. Jika anda berminat untuk mendapatkan perkhidmatan saya, Hubungi saya hari ini.
Teaching Method(s)
Teknik yang akan digunakan adalah teknik perbincangan serta teknik belajar sambil bermain. Perbincangan dua hala berfokus yang digunakan adalah untuk mengenalpasti skop kelemahan pelajar yang perlu diberi perhatian oleh tutor. Para pelajar juga berpeluang memberikan pendapat atau idea masing-masing selepas mempelajari sesuatu topik. Saya juga akan menggunakan teknik belajar sambil bermain supaya para pelajar dapat belajar dalam keadaan yang bebas tekanan, lebih berfokus dan seronok. Teknik pengajaran akan disesuaikan mengikut tahap kefahaman dan juga penguasaan pelajar dalam subjek yang dipelajari.
Subject
Subject School Level
Mengaji - Al-Quran Mengaji
Bahasa Arab KAFA - Darjah 1, KAFA - Darjah 2
Mengaji - Iqra Darjah 1, Darjah 2
P. Islam Darjah 1, Darjah 2
Prasekolah - 3M Darjah 1