Saya Cikgu Ismira. Saya merupakan seorang graduan lepasan Universiti Malaysia Sabah dalam bidang Psikologi Kanak-kanak yang berupaya dalam mendidik pelajar prasekolah dan sekolah rendah dalam subjek LINUS bahasa Melayu dan bahasa Inggeris (membaca, menulis dan mengira). Manakala, saya juga berkebolehan mendidik subjek Matematik dan Sains sekolah rendah. Berpengalaman dalam menggunakan modul LINUS, saya boleh aplikasikan kepada pelajar-pelajar lain. Saya juga sering mengendalikan pelajar-pelajar berkeperluan khas yang memerlukan bantuan dari segi fokus belajar dan masalah pembelajaran. Perlukan pembelajaran tambahan untuk anak anda? Hubungi saya hari ini.
Teaching Method(s)
Berpengalaman dalam industri pendidikan khas awal kanak-kanak, saya menerapkan teknik-teknik yang sesuai dengan keupayaan setiap pelajar. Saya juga mengaplikasikan teknik fonik untuk membaca dan teknik pembelajaran melalui permainan yang sesuai. Pendekatan yang saya gunakan mampu memastikan pelajar minat dan fokus dengan ilmu yang diterima.