Profile Picture

Shuhaini Binti *******

Diploma Pascasiswazah - Teaching

Open University Malaysia (Graduated)

Kota Tinggi, Johor

Tutor Training

Training Motivation In Education

Training Online Class Preparation

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Saya merupakan graduan pengajian Diploma Pascasiswazah dalam Pendidikan (DPLI) di OUM. Saya mempunyai pengalaman mengajar sebagai guru ganti di bawah skim KGSK selama hampir setahun dan pernah menjalani latihan praktikum selama 3 bulan sebagai guru subjek Perniagaan dan Sejarah di peringkat menengah.

Saya komited dalam menyampaikan ilmu dan membimbing pelajar secara berkesan. Kepakaran saya merangkumi subjek-subjek dalam bidang sains sosial, khususnya di peringkat menengah, namun saya juga berkemampuan untuk mengajar pelbagai subjek asas sekolah rendah. Saya percaya bahawa pendidikan yang berkualiti bermula dengan hubungan yang positif, pengajaran yang berstruktur, dan kesungguhan dalam setiap sesi pengajaran.
Teaching Method(s)
Saya mengutamakan penggunaan teknik peta minda bagi membantu pelajar mengingati isi penting dengan lebih berkesan. Selain itu, saya kerap menggunakan soalan-soalan peperiksaan sebenar sebagai latihan pengukuhan dan persediaan. Saya juga fleksibel dalam menyesuaikan kaedah pengajaran mengikut keperluan mata pelajaran dan tahap penguasaan pelajar, termasuk penggunaan strategi berbentuk visual, perbincangan kumpulan, serta latihan aplikasi konsep.
Subject
Subject School Level
Sejarah
Tingkatan 3 Tingkatan 4 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6
Perniagaan
Tingkatan 5 Tingkatan 4