Saya merupakan seorang tutor yang bersemangat tinggi dalam menyampaikan ilmu serta berdedikasi dalam membantu anak didik saya untuk mencapai keputusan yang cemerlang bagi subjek sejarah. Saya seorang yang ramah namun tegas. Saya akan sentiasa memastikan anak didik saya mencapai matlamat dan impian mereka iaitu memperoleh keputusan yang cemerlang dalam subjek sejarah. Saya juga suka membantu anak didik saya dari segi penyusunan jadual masa yang efektif untuk mengulangkaji pelajaran jika mereka perlu. Saya juga pandai mengambil hati pelajar serta ibu bapa agar mereka minat dan menyukai sesi pengajaran dan pembelajaran yang saya jalankan. Jadikan saya sebagai tutor anda hari ini! ^^
Teaching Method(s)
Saya mengunakan teknik belajar sambil bermain untuk memastikan pelajar tidak mudah bosan sekaligus dapat mengingat fakta berdasarkan permainan yang dibuat oleh tutor. Saya juga menyediakan teknik menjawab soalan bahagian B dan C agar murid mengetahui cara menjawab yang tepat dan mudah untuk skor jawapan. Saya juga menggunakan akronim untuk membantu murid mengigati sesuatu perkara dengan mudah. Saya juga menyediakan nota yang berwarna warni dalam bentuk e-book/file bagi kelas dalam talian. Saya akan mengajar menggunakan bahan bantu mengajar seperti slide show, dam ular, spin and answer, menyusun peta dan sebagainya.