Profile Picture

Nasha Nadia *******

(Physical & Online)

Sarjana Muda - Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sejarah Dengan Kepujian

Universiti Pendidikan Sultan Idris (Ongoing Study)

Tanjong Malim, Perak

Fakulti Pendidikan

Tutor Training

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Nama saya Nasha, seorang mahasiswa dalam bidang Pendidikan di Universiti Pendidikan Sultan Idris dan sekarang berada di semester 5. Walaupun masih bergelar pelajar, saya mempunyai pengalaman dua tahun sebagai seorang tutor yang berdedikasi. Selama ini, saya telah berjaya membantu pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah dalam meningkatkan prestasi mereka dalam pelbagai subjek. Dalam bidang pendidikan, **Sejarah dab Bahasa Melayu** merupakan subjek utama yang saya ajar dan merupakan bidang pengkhususan saya di universiti. Walau bagaimanapun, saya mampu untuk mengajar subjek lain seperti Bahasa Inggeris, Matematik, Sains Sukan dan Pengajian Am kerana saya pernah belajar dan mendapat A dalam subjek tersebut pada peringkat SPM dan STPM. Oleh itu, saya sangat dekat dan memahami keadaan para pelajar yang memerlukan bantuan tutor untuk memahami subjek tersebut.

Sebagai tutor yang berpengalaman, saya berkemahiran dalam menyediakan modul pembelajaran yang tersusun dan mudah difahami oleh pelajar pelbagai tahap. Dengan pendekatan yang mesra dan berfokuskan keperluan pelajar, saya memastikan setiap pelajar menerima perhatian yang secukupnya dan bimbingan yang diperlukan. Selain itu, saya juga sering mengendalikan kelas berkumpulan bagi pelajar yang ingin mempelajari teknik menjawab soalan dengan lebih berkesan. Pendekatan pengajaran saya bukan sahaja membantu mereka memahami topik pelajaran dengan lebih mendalam tetapi juga meningkatkan motivasi mereka dalam menghadapi peperiksaan.

Saya amat percaya bahawa setiap pelajar memiliki potensi untuk berjaya, dan sebagai seorang tutor, saya komited untuk membantu mereka mengenali kekuatan diri serta membina keyakinan. Saya yakin melalui bimbingan yang betul, pelajar mampu mencapai keputusan cemerlang dan memiliki keyakinan yang tinggi untuk mengatasi cabaran akademik.

Jadi, adakah anda ingin melihat anak anda lebih berjaya dalam pelajaran dan meningkat keyakinan diri mereka? Hubungi saya hari ini untuk memulakan perjalanan pembelajaran yang bermakna dan penuh inspirasi!

Teaching Method(s)
Semasa proses pengajaran dan pembelajaran, saya akan menggunakan kaedah teori dan praktikal dimana pelajar akan diajarkan dengan fakta terlebih dahulu lalu saya akan menguji pelajar secara praktikal untuk melihat tahap kefahaman dan mencari kelemahan pelajar kemudian saya akan membantu pelajar untuk memperbaiki kelemahan tersebut.
Rating & Review

Intan Nur Azzura Mohammad : Sejarah

Guru mengajar dengan tekun

Subject
Subject School Level
Bahasa Melayu STPM - Tingkatan 6, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Tadika, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5
Sejarah STPM - Tingkatan 6, Tingkatan 2, Tingkatan 1, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5, Darjah 6, Darjah 5, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4
Pengajian Am STPM - Tingkatan 6
Matematik Tingkatan 2, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1
Tingkatan 5, Tingkatan 4, Darjah 1, Darjah 2, Tingkatan 2, Darjah 3, Tingkatan 3, Darjah 6, Darjah 4, Darjah 5, Tingkatan 1
Bahasa Inggeris Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2
Sains Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Membaca B. Melayu Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Tadika, Darjah 5, Darjah 6
Prasekolah - 3M Tadika