Profile Picture

Nurhamizah Binti *******

(Physical & Online)

Sarjana Muda - Degree In Real Estate & Uitm Shah Alam

Universiti Teknologi MARA (Shah Alam) (Graduated)

Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Saya dikenali sebagai Miza. Saya graduan Universiti Teknologi Mara, berkelulusan dalam bidang pengurusan hartanah (kepujian). Sebelum saya melanjutkan pelajaran dalam sarjana muda, saya merupakan kelulusan daripada Program Matrikulasi dalam bidang perakaunan. Sewaktu saya di program tersebut, saya mempunyai pengalaman menjadi Mentor untuk program Mentor-Mentee untuk kelas saya. Saya terpilih untuk menjadi Mentor subjek akaun dan ekonomi kepada 3 orang pelajar yang saya perlu mengajar untuk memastikan mereka tersebut mendapat keputusan cemerlang. Saya berharap dapat membantu proses pembelajaran bersama dengan anak tuan atau puan. Saya percaya setiap usaha, ilmu dan pengetahuan yang ingin saya capai, bahawa saya akan menjadi seorang tutor yang kreatif, efektif dan dapat memberi impak yang positif kepada akademik anak-anak tuan atau puan. Saya sangat bersemangat dan rasa tidak sabar untuk mengajar kerana di generasi sekarang yang begitu sangat mencabar, saya ingin membantu mereka mencapai potensi yang cemerlang gemilang dan terbilang untuk mereka.
Teaching Method(s)
Pengalaman dan teknik saya yang saya akan gunakan untuk mengajar untuk membantu para pelajar mencapai kecemerlangan diantaranya ialah:

1)Teknik-teknik yang menarik keupayaan para pelajar.
Sebelum memulakan sesi pembelajaran, saya akan bertanya dan memahami cara menarik minat seseoarang para pelajar tersebut.

2)Cara pembelajaran para pelajar.
Selepas itu, saya akan membuat pemerhatian cara bagaimana seseorang itu berminat untuk belajar. Sebagaimana kita tahu, setiap orang mempunyai cara dan pemikiran yang tersendiri.

3)Pengunaan sumber pembelajaran
Untuk memastikan para pelajar itu tidak bosan, saya perlu mempelbagaikan corak penggunaan sumber pembelajaran. Hal ini kerana, dapat membantu mereka dengan lebih cepat untuk faham dan mengingati sesuatu perkara itu.

4) Sesi soal jawab
Saya akan mengadakan sesi soal jawab bersama pelajar untuk memberi peluang para pelajar tersebut untuk bertanya atau mengutarakan pendapat atau soalan. Supaya dengan sesi soal jawab ini akan memberi kefahaman yang mendalam untuk mereka.
Rating & Review

Nur Ainku Fatihah : Prasekolah - 3M

Terbaikkk

Subject
Subject School Level
Prasekolah - 3M Tadika, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3
Seni & Kraf Tadika, Darjah 1, Darjah 2
Mengaji - Iqra Tadika, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3
Membaca B. Melayu Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3
Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Darjah 2