Nama saya Cikgu Hajar. Berumur 28 tahun dan menetap di Putrajaya. Saya mempunyai pengalaman menjadi tutor Matematik bagi pelajar tahun 1-6 dan juga pelajar tingkatan 1-3. Di samping itu, saya juga berpengalaman mengajar subjek Bahasa Melayu dan Science bagi pelajar tahun 1-3. Adalah satu kepuasan dan kebahagian bagi saya sekiranya seseorang pelajar itu dapat memahami apa yang diajarkan oleh saya seterusnya dapat dimanfaatkan kepada yang lain. Atas sebab itu, saya mempunyai minat yang sangat mendalam untuk menceburi bidang ini.
Teaching Method(s)
Bagi saya, adalah lebih berkesan sekiranya teknik pembelajaran dan pengajaran dilaksanakan secara one to one. Baik dari perspektif seorang pengajar mahupun pelajar. Teknik one to one ini juga akan memudahkan proses ini berjalan dengan lancar dan seterusnya pelajar akan lebih merasa dekat dengan pengajar. Dengan itu, objektif pembelajaran dan pengajaran akan dapat disampaikan dengan lebih signifikan.