Profile Picture

Nur Nadhirah *******

(Physical & Online)

Sijil - Certified Accounting Technician Intec Education College

Shah Alam, Selangor

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Assalamualaikum and hi, saya Nadhirah. Saya sedang menyambung pengajian dalam bidang perakaunan iaitu mengambil kursus ‘professional accounting’ dibawah pihak Association of Chartered Certified Accounting (ACCA). Mendapat pendidikan formal di Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan. Merupakan bekas seorang pelajar Prinsip Perakaunan dan berjaya mendapatkan keputusan yang cemerlang semasa SPM. Diberi kepercayaan dan telah dilantik menjadi mentor oleh guru akaun saya semasa di sekolah menengah bagi membantu rakan rakan mendapatkan keputusan yang baik. Dalam menyambung pengajian diperingkat universiti, saya juga melakukan ‘tutor’ dalam talian sebagai pendapatan sampingan. Saya telah membantu beberapa orang pelajar diploma universiti tempatan yang mengambil kos perakaunan dan pelajar Prinsip Perakaunan SPM untuk memahami konsep dan asas perakaunan.Objektif saya adalah, membantu para pelajar untuk memahami konsep dan asas perakaunan dengan mudah dan seronok untuk dipelajari. Seterusnya boleh mengaplikasikan dalam kehidupan seharian.
Teaching Method(s)
Teknik pengajaran yang saya boleh sampaikan, saya akan membantu dalam memahami konsep dan asas subjek tersebut. Pelbagai jenis soalan dan latihan akan diberikan.Objektif saya, adalah membantu mereka dalam mengatasi kelemahan yang perlu dibaiki serta mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan sebenar.
Rating & Review

Norhassimah Musa : Prinsip Perakaunan

Terbaik.

Munira Mohammad : Prinsip Perakaunan

ok.

Subject
Subject School Level
Prinsip Perakaunan Tingkatan 4, Tingkatan 5