Profile Picture

Syaza Nur *******

(Physical)

Sarjana Muda - Perbankan Dan Kewangan Islam

Universiti Sains Islam Malaysia (Graduated)

Hulu Langat, Selangor

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya merupakan seorang tutor yang berpengalaman luas dalam bidang perakaunan dan sekarang merupakan seorang pembantu akaun di sebuah syarikat. Mempunyai minat dan semangat untuk menyampai ilmu perakaunan kepada anak didik agar mereka dapat mencapai keputusan yang cemerlang. Saya merupakan seorang yang lemah lembut akan tetapi tegas dalam memastikan sesuatu perkara dapat dilaksanakan dengan sempurna dan tepat.
Teaching Method(s)
Teknik pengajaran yang digunakan adalah memastikan anak didik saya dapat belajar dalam suasana yang harmoni. Memastikan mereka tidak takut untuk bertanyakan soalan kerana saya merupakan seorang yang akan menerangkan secara terperinci akan sesuatu perkara. Saya juga akan menggunakan cara yang paling berkesan seperti menggunakan teknik Akronim dalam mengajar anak didik saya agar mereka mudah faham dan ingat akan sesuatu formula. Selain itu, saya juga akan menggunakan teknik pembelajaran berasaskan masalah, dimana membincangkan masalah yang berlainan agar pelajar dapat memahami setiap permasalahan yang timbul.
Subject
Subject School Level
Matematik Tingkatan 3, Tingkatan 2
Prinsip Perakaunan Tingkatan 4, Tingkatan 5