Profile Picture

Nur Syazwani *******

(Online)

Sarjana Muda - Bachelor Of Education (Mathematics)

Universiti Antarabangsa UNITAR (Graduated)

Permaisuri, Terengganu

Fakulti Pendidikan

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya lebih mesra dikenali sebagai cikgu Wani. Seorang guru yang bersemangat untuk memberi tunjuk ajar kepada semua pelajar. Matematik adalah major subjek saya dan saya berpengalaman mengajar pelajar sekolah menengah selama 4 bulan ketika saya melaksanakan latihan pengajaran saya. Selain itu, saya juga berpengalaman mengajar pelajar secara dalam talian selama 2 bulan untuk mengisi masa luang saya setelah tamat latihan mengajar. Saya seorang yang kreatif dan berkebolehan dalam menyusun nota-nota secara ringkas, padat, dan menarik bagi membantu pelajar mengingati formula-formula penting dengan lebih mudah.Mengajar adalah satu kerjaya yang sangat saya minati dan dalam masa yang sama, saya juga suka berkongsi cerita yang memfokuskan untuk meningkatkan motivasi dalam diri pelajar untuk terus belajar demi masa depan mereka. Saya percaya bahawa motivasi adalah kunci untuk kejayaan jangka panjang, dan saya berusaha untuk menjadi salah seorang yang akan membina semangat pelajar untuk terus berusaha mencapai cita-cita mereka. Saya suka melihat pelajar saya berjaya secara akademik dan sahsiah, dengan itu saya sangat komited untuk membantu mereka mencapai matlamat mereka dalam pembelajaran. Jadi, jika anda ingin anak anda berjaya, jangan ragu untuk menghubungi saya hari ini.
Teaching Method(s)
Saya percaya bahawa setiap pelajar mempunyai keupayaan yang unik yang berbeza antara satu sama lain, oleh itu, saya mengamalkan pendekatan yang menarik mengikut kemampuan setiap individu. Nota-nota yang saya sediakan merangkumi keempat-empat "learning style" iaitu reading, auditori, kinestetik dan visual untuk memastikan bahawa setiap pelajar menerima bahan pembelajaran yang sesuai dengan keperluan mereka. Pendekatan saya dalam mengajar secara lemah lembut kerana saya percaya bahawa kelembutan dan kesabaran adalah kunci untuk membina hubungan yang baik dengan pelajar, serta membantu mereka memahami konsep-konsep yang kompleks dengan lebih mudah. Secara teknikal, pengajaran saya adalah menumpukan kepada memahami konsep, di mana saya memperkenalkan konsep matematik dengan cara yang mudah difahami oleh pelajar dengan menggunakan nota kssm yang disediakan oleh saya sendiri. Setiap subtopik akan disusuli dengan latihan yang bertujuan untuk mengukuhkan pemahaman mereka. Selain itu, saya memberi penekanan kepada latihan kendiri, di mana pelajar akan diberi peluang untuk melatih kefahaman mereka sendiri melalui latihan-latihan yang disesuaikan dengan kebolehan mereka. Tambahan pula, latihan bersama juga menjadi sebahagian daripada pendekatan saya, di mana pelajar akan berinteraksi dengan saya sendiri dalam menyelesaikan masalah matematik yang rumit. Secara tidak langsung itu akan memberi mereka peluang untuk belajar secara aktif dan berani untuk berkomunikasi dengan berhemah dalam menyelesaikan masalah.
Subject
Subject School Level
Matematik Tingkatan 3