Profile Picture

Muhammad Rizwan *******

(Physical & Online)

Asasi/a-level - Foundation In Accounting & Muamalat (Universiti Sains Islam Malaysia)

Hulu Langat, Selangor

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya Cikgu Rizwan. Saya merupakan seorang tutor yang berdedikasi dan komited untuk mendidik pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah untuk meraih kejayaan dalam peperiksaan. Subjek bahasa Melayu dan Sejarah merupakan subjek major saya, manakala Prinsip Perakaunan dan Matematik merupakan subjek minor. Saya berkemahiran dalam penyusunan modul latihan untuk subjek major dan minor tersebut yang mana hasil modul latihan ini dipercayai mampu untuk menjadikan saya seorang pendidik yang dapat melahirkan ramai pelajar cemerlang. Saya juga sering mengendalikan kelas sendiri bersama rakan kelas dalam kumpulan yang besar yang mana subjek tersebut adalah kepakaran saya dalam membantu rakan kelas saya yang lain. Saya juga pakar dalam meningkatkan motivasi dan semangat pelajar untuk mempelajari subjek tersebut. Jangan risau, nak anak anda cemerlang dalam pelajaran? Hubungi saya hari ini. Inshaallah saya mampu untuk membantu anak anda.
Teaching Method(s)
Berpengalaman dalam menyelami masalah teknik pembelajaran pelajar, saya menerapkan pelbagai teknik belajar yang berkesan bergantung kepada keupayaan para pelajar itu sendiri. Salah satunya adalah saya mengaplikasikan teknik santai dalam mencapai objektif pembelajaran yang mana ketenangan adalah kunci untuk memahami pelajaran. Bukan itu sahaja, saya akan menggunakan pendekatan peta minda dalam pembelajaran terutama subjek sejarah dan bahasa Melayu. Tidak cukup dengan itu , terdapat pelbagai pendekatan saya gunakan untuk memastikan para pelajar berupaya memahami ilmu yang diajar seperti Teknik Hafalan Sejarah, Teknik Skor Matematik dan Prinsip Perakaunan, dan Teknik Skor Bahasa Melayu. Kesemua teknik ini telah saya rangka sejak saya di bangku sekolah lagi yang mana diyakini berkesan untuk meraih kejayaan. Keseronakan anak-anak dalam belajar merupakan visi saya sebagai pendidik.
Subject
Subject School Level
Matematik Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5
Bahasa Melayu Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5
Sejarah Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5
Prinsip Perakaunan Tingkatan 4, Tingkatan 5