Profile Picture

Nur Athirah *******

(Online)

Sarjana Muda - Ijazah Sarjana Muda Perguruan (Ipgkpt)

Kota Bharu, Kelantan

Institut Perguruan

Tutor Training

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Assalamualaikum and greetings everyone!

Saya Miss Athirah merupakan seorang guru pelatih tahun akhir di salah satu institut pendidikan di Malaysia. Bidang tumpuan saya ialah Bahasa Inggeris. Saya mempunyai pengalaman mengajar di sekolah rendah. Saya telah dilatih selama lebih kurang 4 tahun dalam bidang pengajaran dan pembelajaran. Justeru, saya mempunyai kemahiran dalam mengajar serta mengurus murid yang lemah, sederhana dan cemerlang. Di samping itu, saya juga telah menerima pelbagai respon positif daripada murid-murid sepanjang saya mengajar. Buat pengetahuan pihak tuan/puan, saya telah memilih untuk menjadi tutor kerana ingin melahirkan lebih ramai lagi individu yang minat dan mahir dalam bahasa kedua ini. Dalam pada itu, saya juga berasa teruja sekiranya lebih ramai anak didik saya dapat skor subjek ini dengan cemerlang.

Teaching Method(s)
Teknik pengajaran yang saya gunakan adalah didik hibur. Saya lebih gemar mengajar dalam keadaan yang santai dan ceria. Saya tidak mahu murid-murid saya belajar dalam keadaan tertekan. Justeru, antara salah satu teknik yang saya gunakan adalah melalui game-based learning. Aplikasi yang selalu digunakan adalah seperti Kahoot! dan Quizziz. Tambahan pula, berdasarkan pengalaman saya sepanjang mengajar murid sekolah rendah, mereka lebih gemar dan lebih bersemangat apabila guru menerapkan permainan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.
Subject
Subject School Level
Bahasa Inggeris Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6