Profile Picture

Aii'na Mardiah *******

(Physical & Online)

Diploma / Stpm - Muet, Bahasa Melayu, Pengajian Am, Pengajian Perniagaan, Ekonomi

Penaga, Pulau Pinang

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Salam sejahtera, saya Cikgu Aii'na. Saya merupakan pelajar sepenuh masa TESOL (Teaching English to Speakers of Other Languages) di Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang. Subjek Bahasa Inggeris merupakan major saya dalam dunia pendidikan, manakala bahasa melayu merupakan subjek minor. Saya berpengalaman dalam menjadi seorang tutor. Sebagai contoh saya pernah menjadi tutor bagi program Sekretariat Sukarelawan India Bilingual Master Workshop di di USM. Saya turut dilatih secara berkala di USM untuk meningkatkan kemahiran mengajar yang saya ada melalui teknik-teknik yang berkesan. Saya turut berpengalaman dalam bidang pengucapan awam dan debat peringkat universiti. Maka, berbekalkan kemahiran saya dalam mengajar dan pengucapan awam, saya akan berusaha membantu para pelajar saya untuk menjadi lebih hebat, dan lebih yakin. Jadi, jom kita jadi hebat bersama dengan menghubungi saya hari ini !
Teaching Method(s)
Berdasarkan pengalaman yang ada sepanjang menjadi tutor dan sepanjang pembelajaran di universiti, saya akan menggunakan teknik-teknik pengajaran yang sesuai bergantung kepada keperluan dan tahap pemikiran asas pelajar. Sebagai contoh, antara fokus yang bakal saya ketengahkan adalah, "fokus kepada pemahaman berbanding hafalan" bagi memastikan pembelajaran yang lebih berkesan. Saya juga akan menggunakan bahan bantu mengajar yang sesuai seperti "online spinning wheel" bagi menjadikan pembelajaran lebih interaktif. Saya juga akan menggunakan bahan bantu mengajar yang lebih ceria dan tidak membosankan bagi menarik minat pelajar seperti penggunaan slide canva yang ceria. Saya juga akan mengajar secara perlahan-lahan (bergantung kepada tahap pemikiran pelajar) terutamanya pada bahagian yang sukar difahami pelajar dan akan melakukan pengulangan secara berkala (jika perlu). Saya juga akan melayan pelajar dengan bersikap "friendly".
Subject
Subject School Level
Prasekolah - 3M Darjah 4
Membaca B. Melayu Darjah 4, Darjah 6
Bahasa Melayu Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Bahasa Inggeris Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Memasak Asas (Basic)
Public Speaking Asas (Basic)
Debat Asas (Basic)
Pidato Asas (Basic)