Profile Picture

Amir Fazri *******

(Physical)

Sarjana Muda - Bachelor’s Degree Of Science (Hons) In Applied Chemistry

Puchong, Selangor

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya Encik Amir. Saya seorang Chemist di sebuah syarikat pembuatan cat komersial ternama. Saya mempunyai pengalaman mengajar murid sekolah rendah yang bakal menduduki peperiksaan UPSR. Subjek yang saya fokuskan adalah Matematik. Saya minat subjek Matematik sejak kecil lagi dan sering kali berkongsi ilmu bersama rakan-rakan yang kurang mahir dalam subjek ini mahupun di sekolah rendah, menengah dan juga di peringkat universiti. Kejayaan saya dalam subjek Matematik adalah Gred A untuk Matematik dan A+ untuk Matematik Tambahan dalam peperiksaan SPM.
Saya juga mendapat keputusan cemerlang dalam subjek ini di peringkat universiti. Saya ingin meneruskan impian saya untuk berkongsi ilmu dan mengajar subjek Matematik. Saya yakin Mytutor ini adalah platrom yang terbaik untuk saya merealisasikan hasrat saya juga membantu anak-anak muda cemerlang dalam pelajaran terutama subjek Matematik. Hubungi saya jika ibubapa mahukan suasana belajar yang positif untuk anak-anak.

Teaching Method(s)
Teknik pengajaran yang saya sediakan lebih kepada menarik hati pelajar untuk meminati subjek “kira-kira” ini. Satu fakta adalah ramai pelajar yang kurang mahir dalam subjek ini kerana kurangnya rasa minat sewaktu belajar. Dengan memfokuskan teknik mendekatkan hati pelajar dengan Matematik, saya yakin mereka lebih senang untuk faham dan bertambah rasa ingin tambah ilmu. Pengalaman saya dalam mempelajari ilmu hisab ini bermula dengan mengenali asas dalam Matematik. Satu contoh asas penting dalam subjek ini adalah sifir. Sifir boleh diterapkan dalam kehidupan harian. Jika sifir mampu dikuasai oleh pelajar, maka apa-apa soalan Matematik pun mampu diselesaikan. Saya faham setiap pelajar ada cara belajar tersendiri dan hampir setiap dari mereka memandang subjek ini pada sudut yang berbeza. Ini adalah satu cabaran yang saya akan selesaikan menggunakan teknik yang saya cadangkan supaya pelajar tidak lagi rasa mudah putus asa dan hilang semangat apabila belajar subjek Matematik ini. Bahkan, pelajar akan lebih rasa ingin menyelesaikan lebih banyak soalan Matematik jika minat ada dalam hati.
Subject
Subject School Level
Matematik Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5