Profile Picture

Fatheen Mohamed

Sarjana Muda - Bahasa Melayu

Universiti Putra Malaysia (Serdang) (Graduated)

Kuala Kangsar, Perak

Fakulti Pendidikan

Tutor Training

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Saya boleh di sapa sebagai Cikgu Fatheen. Saya berasal daripada Kuala Kangsar, Perak. Saya memiliki Bachelor Sastera (Kesusasteraan Melayu) daripada UPM, Serdang. Sekarang saya sedang melanjutkan pelajaran sebagai pelajar Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan di IPG Sultan Abdul Halim, Sg Petani dalam bidang Bahasa Melayu dan akan bergraduat pada hujung tahun 2025.
Saya mempunyai pengalaman mengajar tuisyen secara fizikal dan dalam talian melalui beberapa buah syarikat swasta. Saya turut berpengalaman menjadi Guru Ganti (MyStep) di beberapa buah sekolah kebangsaan.
Selain itu, saya juga merupakan seorang penulis yang bernaung di bawah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan nama pena "Fatheen Mohamed". Saya berkebolehan dalam bidang penulisan dan telah menghasilkan beberapa buah buku antologi puisi dan sebuah buku puisi solo saya sendiri.
Teaching Method(s)
Salah satu pendekatan menarik yang biasa digunakan dalam pengajaran Bahasa Melayu ialah pendekatan berasaskan permainan bahasa. Melalui aktiviti seperti teka silang kata, kuiz interaktif dan permainan padanan perkataan, murid lebih seronok belajar serta mudah memahami kosa kata dan tatabahasa. Pendekatan ini bukan sahaja meningkatkan penglibatan murid, malah membantu mereka mengingati pelajaran dengan lebih berkesan dalam suasana yang santai dan menyeronokkan.

Selain itu, salah satu teknik menarik yang boleh digunakan ialah teknik main peranan. Murid diberikan watak daripada petikan atau cerita dan diminta melakonkan situasi tersebut. Teknik ini membantu murid memahami jalan cerita, meningkatkan kemahiran bertutur serta membina keyakinan diri. Ia menjadikan pembelajaran lebih hidup, kreatif dan mudah difahami oleh murid.
Subject
Subject School Level
Bahasa Melayu
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 4 Darjah 6 Darjah 5 Darjah 3 Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Tingkatan 5 Tingkatan 4