Hi semua. Saya Amani dan saya bekerja sebagai Jurutera. Saya mula berminat untuk berkongsi ilmu dan mengajar semasa di universiti. Memulakan kerjaya sebagai guru ganti selama 3 bulan di sekolah rendah telah memupuk minat mengajar saya lebih mendalam. Oleh itu, saya meneruskan minat saya sebagai tutor selama 2 tahun ketika menyambung pengajian di peringkat Sarjana Muda. Saya telah menjadi tutor kepada rakan pelajar(peer tutoring) untuk mata pelajaran yang ditetapkan oleh pihak fakulti. Peer tutoring merupakan inisiatif dari pihak fakulti saya untuk membantu pelajar lebih memahami matapelajaran yang sukar dan mengurangkan kegagalan. Di samping menjadi tutor di Universiti, saya juga menjadi tutor untuk pelajar sekolah rendah (matematik & sains) dan sekolah menengah (matematik, fizik & lukisan kejuruteraan) selama 3 tahun. Ingin menimba ilmu bersama saya? Jom hubungi saya. Saya akan bantu.
Teaching Method(s)
Peta minda dan nota pendek merupakan salah satu teknik pengajaran saya. Bagi saya setiap pelajar mempunyai tahap kefahaman yang berbeza. Oleh itu, teknik pembelajaran bagi setiap pelajar tidak akan sama. Saya ingin pelajar saya belajar dalam keadaan yang gembira dan tidak bosan. Pelajar boleh memberi pendapat dan berkongsi minat mereka tentang cara pembelajaran.