Saya adalah seorang tutor yang ceria dan dalam pada masa yang sama saya tegas dalam memastikan pelajar saya mencapai target yang ingin dicapai serta mendapat keputusan yang cemerlang dalam subjek yang diambil. Saya juga seorang yang gemar untuk mengetahui bagaimana pelajar saya belajar dengan cara pembelajaran mereka. Ini dapat menunjukkan sama ada cara pembelajaran mereka sesuai atau tidak dalam subjek yang dipelajari.
Teaching Method(s)
Teknik yang saya gunakan dalam pengajaran saya ialah teknik past year question iaitu memberikan latihan kepadda pelajar dengan memberikan soalan-soalan peperiksaan lepas supaya pelajar mudah untuk menyesuaikan diri menjawab soalan seperti dalam dewan peperiksaan. Saya juga mengamalkan teknik pemahaman konsep kerana pembelajaran akan mudah difahami apabila pelajar memahami konsep terlebih dahulu. Saya juga menggunakan teknik kuiz santai supaya pelajar berasa lebih seronok untuk belajar dan memahami subjek tersebut.