Saya Asyiqin, merupakan graduan ekonomi dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Seorang yang sangat minat mengajar dan mahu menjadikan para pelajar mahir dalam sesuatu subjek. Sebelum ini saya merupakan penganalisa cukai dan perakaunan di sebuah syarikat multinasional hampir 5 tahun. Pernah menjadi pelajar cemerlang di Kolej Matrikulasi dan mendapat gpa 4 flat untuk kesuluruhan semester.
Teaching Method(s)
Teknik pengajaran yang difokuskan adalah lebih kepada skill menjawab soalan dan membuat latih tubi serta memahami asas dan konsep terhadap subjek yang dipelajari. Bagi saya tiada murid yang lemah, hanyalah cara dan teknik belajar adalah berbeza bagi setiap pelajar dan seseorang guru perlulah mahir dalam melihat setiap potensi yang dimiliki oleh anak-anak muridnya.