Saya Cikgu Kaiyisah, saya seorang tutor baharu dengan semangat yang sangat tinggi dan penuh dedikasi. saya percaya bahawa setiap pelajar mempunyai potensi mencapai kecemerlangan, dan saya sedia membantu mereka di sepanjang perjalanan. sebagai tutor, saya yakin bahawa suasana belajar yang positif dan mendukung adalah kunci kepada pencapaian yang optimal. saya akan selalu memberikan dukungan penuh kepada anak didik, memastikan mereka sentiasa bersemangat dan bermotivasi tinggi selama proses pembelajaran
Teaching Method(s)
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, saya selalu menggunakan akronim sebagai alat bantu untuk menghafal dengan mudah konsep-konsep penting atau langkah-langkah yang perlu diikuti. Perkara ini sangat membantu memudahkan pemahaman dan mengingat informasi, selanjutnya membolehkan anak didik saya untuk dapat mengaplikasikan pengetahuan tersebut secara efektif. Ketika saya mengadakan kelas dalam talian, saya akan menyediakan nota yang berwarna-warni dan mudah difahami. Ini tidak hanya membuat material lebih menarik, tetapi juga membantu anak didik untuk menggambarkan konsep-konsep penting. Penggunaan warna dapat membezakan informasi, membuatnya lebih mudah dicerna, dan meningkatkan daya ingat.