Assalamualaikum dan salam sejahtera, nama saya Amirah. Saya mempunyai pengalaman sebagai guru tadika sebelum menyambung pelajaran di USIM. Saya juga merupakan seorang pegawai dalam Pasukan Latihan Pegawai Simpanan. Saya akan dedikasikan masa dan juga berusaha untuk membantu anak didik saya dalam pelajaran. Disamping itu, saya juga akan menerapkan rasa semangat untuk mereka mencapai impian mereka.
Teaching Method(s)
Ada pelbagai teknik pengajaran dan setiap anak didik memerlukan teknik pengajaran yang berbeza untuk mereka mudah memahami dan minat untuk belajar. Saya akan gunakan beberapa teknik pengajaran untuk memastikan anak didik saya minat belajar. Antaranya adalah didik hibur untuk memastikan anak didik saya terhibur dan tidak merasa bosan sepanjang sesi belajar. Saya juga akan membantu anak didik untuk membuat nota pelajaran yang ringkas, padat, dan mudah untuk mereka fahami.