Saya Nazmie Firdaus. Saya belajar dalam jurusan perakaunan dan mendapat prestasi cemerlang dan berpengalaman lebih dari 3 tahun dalam mendidik pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah. Subjek Matematik merupakan subjek major saya dalam dunia pendidikan, manakala fizik dan kimia merupakan subjek minor. Seorang yang berdedikasi dalam mengajar. Saya pandai mengambil hati pelajar agar mereka menyukai sesi pengajaran dan pembelajaran yang saya jalankan. Mengunakan bahasa yang lembut dan mudah difahami. Suka menujukkan contoh yang mudha difahami pelajar. Saya pernah menyertai "fun for math" dalam peringkat kebangsaan semasa belajar dalam peringkat sarjana muda dan mengajar lebih dari 3 buah sekolah rendah. Jadikan saya tutor anda hari ini!
Teaching Method(s)
Saya mengunakan teknik contoh yang mudah difahami pelajar bagi menerangkan kepada pelajar agar dapat memahami dengan lebih jelas. Saya juga mengunakan kaedah didik hibur untuk memastikan pelajar tidak mudah bosan. Saya akan memastikan pelajar dapat faham dan dapat menguasai kemahiran yang diajar dengan jelas. Pengunaan bahasa yang betul dan kosa kata yang jelas dan bahasa yang lembut merupakan asas saya dalam mengajar. saya menpunyai minat yang mendalam dalam matematik sekolah rendah dan menengah dan juga mendapat keputusan memuaskan dalam matematik tambahan dalam SPM. Saya akan pastikan pelajar mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.