Profile Picture

Sri Utami *******

(Physical & Online)

Sarjana Muda - Sarjana Muda Pendidikan Sejarah Dengan Kepujian

Kuching, Sarawak

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Hai semua, saya Cikgu Sri. Saya komited dalam membantu murid-murid untuk meminati dan lulus subjek Sejarah. Saya mempunyai enam tahun pengalaman mengajar di sekolah menengah dan telah berupaya membantu ramai murid untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam subjek ini. Saya juga mampu menarik minat murid dengan kepelbagaian teknik pembelajaran dan pemudahcaraan. Jom lulus Sejarah!
Teaching Method(s)
Teknik pengajaran yang saya gunakan lebih bertumpukan kepada teknologi maklumat (TMK) seperti penggunaan platform kuiz atas talian iaitu Kahoot, Quiziz dan lain-lain lagi. Selain itu, saya juga akan memperkenalkan teknik hafalan yang mudah dan berkesan bagi membantu murid mengingat fakta sejarah terutamanya berkaitan kronologi atau peristiwa sejarah. Saya juga menerapkan unsur didik hibur supaya murid berminat mengikuti kelas dan berjaya meningkatkan prestasi mereka. Saya juga akan berkongsi tips daripada guru cemerlang untuk membantu anak tuan dan puan lulus dalam subjek Sejarah. Akhir sekali, latihan mengikut format peperiksaan terkini seperti UASA dan SPM juga turut disediakan bagi meningkatkan lagi kemahiran menjawab soalan murid. Nota ringkas turut disediakan. Jom lulus Sejarah!
Subject
Subject School Level
Bahasa Melayu Tingkatan 1, Tingkatan 3, Tingkatan 2
Sejarah Tingkatan 1, Tingkatan 3, Tingkatan 5, Tingkatan 2, Tingkatan 4