Saya merupakan seorang tutor yang berminat membantu anak didik saya dalam pelajaran mereka. Selain daripada pengajaran dan pembelajaran bertujuan membantu mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan, saya juga akan menghubung kait subjek pelajaran dengan kehidupan seharian supaya anak didik mampu mengaplikasikan hasil pengajaran dan pembelajaran dalam kehidupan seharian mereka.
Teaching Method(s)
Perhatian perlu lebih ditumpukan pada bahagian yang anak didik menghadapi masalah/cabaran memahaminya. Selain itu, anak didik juga boleh mengemukakan pendapat mereka tentang cara pembelajaran yang memudahkan mereka memahami sesuatu perkara tersebut.