Saya Cikgu Shaira. Saya merupakan seorang pelajar Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah yang sedang berada di semester ke-3. Saya mempunyai pengalaman sebagai guru ganti selama 6 bulan di sebuah sekolah menengah. Saya juga telah menamatkan latihan mengajar saya selama 3 bulan di sebuah sekolah rendah. Subjek major saya dalam pendidikan ialah sains dan matematik, manakala kimia merupakan subjek minor. Saya merupakan seorang tutor yang berdedikasi serta bersemangat tinggi dalam membantu anak didik saya untuk mencapai keputusan yang cemerlang. Saya seorang yang ramah namun tegas. Jadikan saya tutor anda hari ini!
Teaching Method(s)
Saya mengunakan kaedah tunjuk cara bagi memastikan pelajar dapat memahami dan menguasai subjek matematik. Saya juga menggunakan teknik penyelesaian masalah bagi memberi pelajar pengalaman sebenar mengunakan kemahiran yang dikuasai untuk menyelasaikan masalah. Bagi subjek sains saya akan menyediakan nota yang berwarna warni bagi kelas dalam talian. Saya akan menggunakan teknik penyoalan minds-on dan penggunaan teknologi dalam pembelajaran. Pastinya pelajar akan merasai keseronokkan apabila belajar dengan saya.