Profile Picture

Nor Nabila *******

Sarjana Muda - Geografi

Universiti Malaya (Pantai Dalam) (Graduated)

Kota Samarahan, Sarawak

Tutor Training

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Nama saya Nabila. Walaupun saya belum mempunyai pengalaman formal dalam mengajar, saya mempunyai pengalaman selama enam tahun dalam penulisan dan penyuntingan buku latihan bagi subjek Geografi dan Reka Bentuk dan Teknologi (RBT). Subjek utama yang saya tumpukan ialah Geografi, manakala RBT merupakan subjek tambahan yang pernah saya terlibat secara langsung melalui penulisan bahan. Melalui pengalaman dalam bidang penulisan bahan pendidikan, saya telah membina kemahiran yang kukuh dalam memahami kandungan kurikulum, menyusun soalan-soalan latihan yang berkualiti, serta memastikan ketepatan fakta dan bahasa.
Teaching Method(s)
Dalam pembelajaran, saya suka menerapkan pelbagai teknik yang menarik seperti kuiz interaktif dan peta minda bagi membantu pelajar memahami topik dengan lebih mudah dan menyeronokkan. Saya juga memastikan sesi pembelajaran bersifat dua hala, di mana pelajar digalakkan untuk bertanya soalan dan berkongsi pendapat. Bagi membantu pelajar skor dengan lebih baik, saya menekankan teknik menjawab soalan yang berkesan serta menyediakan latihan berfokus mengikut topik dan aras kesukaran. Pendekatan ini bukan sahaja membantu pelajar lebih faham, malah memberi keyakinan semasa menjawab soalan peperiksaan.
Subject
Subject School Level
Reka Bentuk dan Teknologi
Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3
Geografi
Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Tingkatan 4 Tingkatan 5