Profile Picture

Najihah Binti *******

(Physical & Online)

Sarjana Muda - Undang-undang

Universiti Teknologi MARA (Shah Alam) (Ongoing Study)

Shah Alam, Selangor

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya merupakan seorang tutor yang tidak jemu untuk mengajar pelajar saya dan tekad untuk memastikan pelajar saya mencapai pencapaian jangka pendek yang akan memberikan impak kepada akademik pelajar itu secara jangka panjang. Saya juga boleh menjadi rakan kepada tutor saya apabila mendidik, mahupun begitu saya tetap akan bersikap peka dan tegas sewaktu sesi pembelajaran dan pengajaran sedang dilangsungkan. Bukan sahaja itu, saya akan membantu pelajar untuk mengimbangkan waktu belajar dan waktu untuk berehat (me-time) bagi mengurangkan tekanan pelajar saya kerana bagi saya akademik sememangnya penting akan tetapi kesihatan mental dan fizikal juga perlu diutamakan.
Teaching Method(s)
Saya menggunakan kaedah didik hibur untuk memastikan pelajar tidak berasa takut untuk belajar bersama saya dan tidak berasa stress. Saya juga akan menggunakan teknik penyampaian cerita bagi pemahaman yang mudah serta menggunakan tatabahasa yang senang difahami buat pelajar saya. Tambahan lagi, saya akan mendalami cara pemahaman pelajar saya dahulu bagi memudahkan saya mengubah teknik pengajaran selaras dengan pemahaman pelajar saya.
Subject
Subject School Level
Bahasa Inggeris Tingkatan 3
Bahasa Melayu Darjah 6
Membaca B. Inggeris Tadika
Membaca B. Melayu Tadika
Sejarah Tingkatan 1